halaman

Wednesday, May 5, 2010

Peliharalah Diri Kerana Allah

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana dapat juga ana update blog ini setelah sekian lama menyepi kerana kesibukan dunia yang mendatang..sebagai mahasiswa kita tidak dapat lari daripada bebanan tugas serta kerja dan sebagainya. Walau sesibuk mana sekalipun kita hendaklah meluangkan masa kita untuk beribadat dan bermunajat kepada pencipta kita..Disini ada sedikit perkongsian bersama sahabat dan sahabiah sekalian sebagai tanbih bersama.

Diantara sifat muslim yang cemerlang adalah memelihara diri kerana Allah yakni dengan cara kita bertakwa (takut) kepada Allah dengan sebenar-benar takwa. Bayangkan kemurkaan Allah jika kita melanggar perintahnya, walaupun fil dunya (di dunia) tidak di balas atas kesalahan yang kita lakukan, tetapi di akhirat kelak kita akan menerima juga balasan azab seksa dari Allah s.w.t dengan lebih pedih lagi

kita seharusnya ingat bahawa hidup di dunia ini hanya sementara sahaja, dunia adalah persinggahan dan akhirat adalah negeri abadi. Dalam keghairahan kita mengejar dunia jangan lupa akan akhirat yang kekal abadi. Untuk menjamin keselamatan kita sesudah mati segala tindakan dan perbuatan mestilah di jaga denagn baik tanpa menyimpang daripada lunas-lunas syarak.

Batasi diri kita dari keinginan2 hawa nafsu yang melampaui batas, jangan sampai kita melakukan sesuatu yang dimurkai Allah, janganlah kita tunduk kepada hasutan syaitan dan arahannya. Jika kita dapat memelihara diri dari perkara2 yang melanggar batas agama, maka yakinlah bahawa kita akan dipelihara oleh Allah dalam segala gerak langkah kita. Kita akan di dorong oleh Allah s.w.t menuju jalan yang diredhai olehNya.

Firman Allah :

فاذكرونى أذكركم واشكروالى ولاتكفرون 152

maksudnya : " Ingatlah kamu kepadaKu, nescaya aku ingat kepadamu."

( al-Baqarah : 152)

wallahua'lam.

1 comment:

  1. Salam,
    Hari ke hari , kita perlu jadi lebih berani..
    Fokus, berlapang dada dan berfikiran terbuka.

    Shbt,
    Ingat-mengingatkanlah diri ini. Jgn hingga kau terasa enggan muncul jika diri ini hadir.. jgn krn diriku, engkau terasa sesak dan panas..

    Asif jiddan 'ala kulli hal..

    Syukran 'ala kulli Hal..

    =) Want to be your sahabiah 4ever...

    Wslm.

    ReplyDelete