halaman

Sunday, August 8, 2010

Bingkisan buat wanita




















Hadis Rasulullah s.a.w mengenai wanita

bersyukurlah insan yang bergelar wanita kerana islam telah memelihara dan memandang tinggi martabat seorang wanita yang mewakili ibu, kakak,adik perempuan.Sedikit perkongsian bersama sahabat-sahabat semua membicarakan tentang kelebihan,hikmah serta keistimewaan yang tersirat tentang insan yang sentiasa di anggap lemah ini.
pertamanya: Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat. Ketika di tanya kepada Rasulullah s.a.w mengenainya, jawab baginda s.a.w, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

kedua: Apabila seseorang perempuan mengandung janin di dalam rahimnya, para malaikat akan beristighfar untuknya. Allah s.w.t mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan 1,000 kejahatan daripadanya.

ketiga: Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, Allah s.w.t akan mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

Keempat: Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa seperti keadaan ibunya yang melahirkannya.

Kelima: Apabila anak yang lahir disusui, setiap tegukan susunya itu akan diberikan satu kebajikan.

Keenam: Apabila semalaman si ibu tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, Allah s.w.t akan memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas bagi membela agama Allah s.w.t.

Ketujuh: Barangsiapa yang menggembirakan hati anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

Kelapan: Barangsiapa yang membawa hadiah, contohnya barang-barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menggembirakan hati anak perempuannya, dia seolah-olah memerdekakan anak Nabi Ismail.

Kesembilan: Tiap-tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t akan memasukkan dia kedalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun lebih awal).

Kesepuluh: Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa pada bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, masiklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

Kesebelas: Wanita yang soleh itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

Kedua belas: Aisyah berkata R.A, "Aku bertanya kepada baginda Rasulullah s.a.w, 'Siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?' Jawab Rasulullah s.a.w, 'Suaminya.' Aku bertanya lagi, Siapa pula yang berhak terhadap lelaki?' Baginda menjawab, 'Ibunya."

Ketiga belas: "Apabila kedua-dua ibu bapa memanggilmu, jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu."

Keempat belas: Wanita yang taat kepada suaminya, semua ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit serta matahari dan bulan akan beristighfar kepadanya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

Kelima belas: Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya, pintu-pintu neraka akan tertutup dan pintu-pintu syurga akan terbuka. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

Keenam belas: Syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu.

Ketujuh belas: "Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama-sama aku (Rasulullah s.a.w) di dalam syurga."

Kelapan belas: "Barangsiapa yang mempunyai tiga orang anak perempuan ataupun tiga saudara perempuan ataupun dua anak perempuan ataupun dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab, maka baginya balasan syurga."

Kesembilan belas: Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji denagn sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

bersyukurlah wahai wanita kerana di ciptakan wanita dengan penuh hikmah dan keistimewaan daripada Allah s.w.t. Berbanggalah menjadi seorang ibu kepada anak-anak, menjadi seorang isteri kepada seorang suami,menjadi seorang anak kepada ibu ayah yang tercinta. Janganlah kita menjadi pembawa kaum adam ke neraka na'uzubillah.