halaman

Tuesday, December 21, 2010

Berkat sayang, muliakan kucing





Bismillahirrahmanirrahim

kisah ini diambil daripada sumber Harakah di dalam slot ruangan Kisah dari Tanah Suci yang menceritakan tentang sorang wanita muslimah melayu yang berasal dari Perak yang menunaikan haji beberapa tahun lalu.

wanita ini kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab untuk menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.

Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja, yang sunat tidak mampu kerana uzur. Lagipun wangnya cukup-cukup saja. Namun, ada satu amalan mulia dimiliki muslimah ini, yakni MENCONTOHI SUNNAH nabi s.a.w, mengasihani dan menyayangi kucing didesanya.

Dia amat suka memelihara kucing, di rumahnya banyak kucing, dia melayan makan dan minum kucing, dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi. Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius, pendek kata rumahnya menjadi pusat kucing kurap.

Maka, terkenallah rumahnya jadi pusat rawatan kucing, mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih muslimah ini kepada makhlik Allah yang lemah lembut itu.

Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat serta cantik-cantik belaka. Berkat khidmatnya yang ikhlas. Tahun itu, beliau berangkat menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.

Ingin dihatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat, tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardhu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya di makbulkan.

Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar. Apabila kucing itu hendak bangun berjalan ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di Kota suci Makkah.

Lantas diambilnya kucing itu, diurut tubuhnya yang lemah itu, dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni. Dengan takdir Allah kucing itu pulih dan sihat, kucing itu telah menggesel kaki muslimah tadi, lalu menjilat kedua-dua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.

Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku dihatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu. Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi masjid Nabawi, Hajah yang solehah tadi beserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.

Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu. Kucing itu duduk disisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila muslimah tadi sampai keanak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.

Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti nabi kita s.a.w mengasihinya didunia ini, lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin-

Kisah ini sekadar perkongsian dan renungan buat sahabat-sahabat moga dapat sama-sama kita mengambil ibrah daripada kisah ini. Wallahua'lam.

Tuesday, December 14, 2010

Wasiat Terakhir di Bumi Arafah

Baginda Rasulullah s.a.w bertolak ke bumi Arafah dari Mina setelah naik matahari pada pagi tanggal 9 Zulhijjah. Sebuah khemah telah didirikan untuk baginda s.a.w disana. Baginda s.a.w berada didalam khemah tersebut sehingga tergelincir matahari yakni setelah masuk waktu zuhur.

Rasulullah kemudian mengarahkan agar disiapkan untanya al-Qaswa' lalu di naiki baginda hingga ke Wadi 'Uranah menemui lebih kurang 124,000 hingga 144,000 manusia yang berhimpun menunggu kedatangan Baginda. Rasulullah s.a.w bangun berdiri lalu menyampaikan khutbah yang penuh bersejarah ini:
(Bacalah khutbah ini dengan tulus hati dan kesucian nurani. Bacalah seolah-olah inilah kali pertama anda menemuinya. Bacalah dan hayati dengan iman dan buktikannya kemudian dengan hakikat pelaksanannya).


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Wahai manusia sila dengar apa yang bakal aku perkatakan ini. Aku tidak tahu apakah akan dapat lagi aku bersama kamu semua lagi selepas ini, di tempat ini, selepas tahun ini selamanya".

"Sesungguhnya darah kamu, harta benda kamu dan kehormatan dirimu telah terpelihara (diharamkan untuk sesiapa pun daripada mengkhianatinya) sebagaimana diharamkan hari ini, bulan ini dan bandar ini (Makkah dan sekitarnya)."

"Sesiapa yang memegang amanah maka hendaklah dikembalikan amanah tersebut kepada tuannya. Ingatlah segala amalan jahiliah telah berada dibawah tapak kakiku(telah dihapuskan)."

"Tuntutan hutang darah pada zaman jahiliah (sebelum islam) telah diampunkan. Tuntutan darah yang pertama telah aku batalkan ialah darah Ibn Rabi'ah bin al-Harith yang disusukan oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail."

"Riba adalah haram dan aku memulainya dengan membatalkan riba yang diterima oleh Abbas bin Abdul Mutalib. Sesungguhnya ia dihapuskan semuanya secara keseluruhan."

"Wahai manusia! Takutilah Allah s.a.w dalam urusan berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah s.a.w dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimat Allah. Wajib keatas mereka untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk. Jika mereka lakukannya maka kamu berhak untuk menghukum mreka , tapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri2 kamu setia dan jujur terhadap kamu, maka wajib bagi kamu menjaga makan dan pakai mereka dengan baik."

"Semua orang muslim bersaudara. Oleh itu, tidak halal bagi seorang muslim mengambil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran daripada tuannya."

"Janganlah kamu kembali menjadi kafir selepas pemergianku dengan sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain. Aku telah tinggalkan kepada kamu satu panduan, jika kamu berpegang kepadanya dan ajarannya maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Itulah kitab Allah dan sunah Nabi-Nya."

"Wahai manusia! Sesungguhnya tidak ada lagi nabi selepas aku dan tiada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru agar kamu menyembah Allah s.w.t, tuhan kamu dan menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan ramadhan dan mengeluarkan zakat hartamu dengan penuh kerelaan. Kerjakanlah jua haji ke Rumah Suci Tuhanmu (Kaabah) dan dengan itu kamu bakal menghuni syurga Tuhanmu."

"Tuhan kamu adalah Esa. Datuk kamu pula satu. kamu semua berasal daripada Adam dan Adam berasal daripada tanah.Orang yang terbaik daripada kalangan kamu adalah mereka yang paling bertaqwa kepada Allah s.w.t. Tidak ada kelebihan bagi bangsa Arab atau bangsa lain kecuali dengan taqwa."

"Allah s.w.t telah
menetapkan hak menerima pusaka kepada keluarga si mati. Oleh itu tidak boleh membuat wasiat kepada ahli waris penerima pusaka. Sesungguhnya laknat Allah ke atas sesiapa yang mengaku sebagai bapa kepada bukan anaknya yang sebenar, juga akan menerima laknat daripada para malaikat dan seluruh manusia".

"Kemudian kamu semua bakal ditanyatentang dirikumaka apakah yang bakal kamu perkatakan?" kami menjawab:"Kami bersaksi bahawasanya tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu".

Lantas Baginda s.a.w mengangkat tangannya kelangit seraya menurunkannya ke arah orang ramai lalu berkata sebanyak tiga kali(yang bermaksud):"Ya Allah Saksikanlah."