Setiap insan tentunya mendambakan kenikmatan yang paling tinggi dan abadi. Kenikmatan itu adalah syurga. Di dalamnya terdapat bejana-bejana dari emas dan perak, istana yang megah dengan dihiasi bermacam jenis permata dan berbagai macam kenikmatan lainnyayang tidak pernah terlihat oleh mata, terdengar oleh telinga dan terdetik di hati.
Di samping mendapatkan kenikmatan-kenikmatan tersebut, orang-orang yang beriman kepada Allah swt kelak akan mendapat pendamping (isteri) dari bidadari-bidadari syurga nan rupawan yang banyak dikisahkan dalam ayat-ayat al-Quran yang mulia. Diantaranya,
Firman Allah swt di dalam surah al-Waqiah ayat 22-23
Dan (Mereka dilayani) bidadari-bidadari Yang cantik parasnya, Seperti mutiara Yang tersimpan Dengan sebaik-baiknya.
Firman Allah swt di dalam surah ar-Rahman ayat 56
Dan di dalam Syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan. menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin;
Rasulullah saw menggambarkan keutamaan-keutamaan wanita penduduk syurga dalam sabda baginda yang bermaksud:
“…seandainya salah seorang wanita penduduk syurga menengok penduduk bumi nescaya dia akan menyinari antara keduanya (penduduk syurga dan penduduk bumi) dan akan memenuhinya bau wangi-wangian. Dan setengah dari kerudung wanita syurga yang ada di kepalanya itu lebih baik daripada dunia dan isinya.”
Hadis Riwayat Bukhari
Dalam hadis lain Rasulullah saw bersabda lagi yang bermaksud:
“Sesungguhnya isteri-isteri penduduk syurga akan memanggil suami –suami mereka dengan suara yang merdu yang tidak pernah didengarkan oleh seorang pun. Di antara yang di dendangkan oleh mereka. “Kami adalah wanita-wanita pilihan yang terbaik. Isteri-isteri kaum yang termulia. Mereka memandang dengan mata yang menyejukkan.” Dan mereka juga mendendangkan, “Kami adalah wanita-wanita yang kekal, tidak akan mati. Kami adalah wanita-wanita yang aman, tidak akan takut. Kami adalah wanita-wanita yang tinggal, tidak akan pergi.”
apakah ciri-ciri wanita syurga?
Apakah hanya orang-orang beriman dari kalangan laki-laki dan bidadari-bidadari sahaja yang menjadi penduduk syurga? Bagaimana dengan isteri-isteri kaum Mukminin di dunia, wanita-wanita penduduk buni? isteri-isteri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah swt dan rasulNya akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk syurga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.
tentunya setiap wanita muslimah ingin menjadi ahli syurga. Pada hakikatnya wanita ahli syurga adalah wanita yang taat kepada Allah awt dan rasulNya. Seluruh ciri-ciri nya merupakan cermin ketaatan yang dia miliki. diantara ciri-ciri wanita ahli syurga adalah:
- Bertaqwa
- Beriman kepada Allahswt, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari kiamat dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.
- Bersaksi bahawa tiada Illah yang berhak disembah kecuali Allah swt, bersaksi bahawa Muhammad saw adalah hamba dan rasulNya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan ramadan dan naik haji bagi yang mampu.
- Ihsan, iaitu beribadat kepada Allah swt seakan-akan melihat Allah swt, jika tidak dapat melihat Allah swt, dia mengetahui bahawa Allah swt melihat dirinya.
- Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah swt, tawakal kepada Allah swt, mencintai Allah swt dan rasulNya, takut terhadap azab Allah swt, mengharapkan rahmat Allah swt, bertaubat kepadaNya dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah swt serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
- Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah swt ketika sendirian dan berdoa kepada Allah swt semata-mata.
- Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
- berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakkan yang dimiliki.
- Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya dan memaafkan orang yang menzaliminya.
- Berinfak, baik ketika lapang mahupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia.
- Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
- menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan keaiban orang lain (ghibah)
- menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
- berbakti kepada kedua orang tua.
- menyambung silaturahim dengan kaum kerabat, sahabat yang dekat dan yang jauh.
demikian beberapa ciri-ciri wanita ahli syurga yang kami petik dari Kitab Majmu' Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juz 11 halaman 422-423
firman Allah swt di dalam surah an-Nisa' ayat 13
"(Hukum-hukum tersebut) itu adalah ketentuan-ketentuan dari Allah. Barangsiapa yang taat kepada Allah dan rasulNya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam syurga yang yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar."
lelaki yang dipastikan masuk syurga
pada suatu malam Rasulullah saw telah memperkenalkan seorang lelaki penduduk asal kota Makkah.
"Malam ini saya akan memperkenalkan salah seorang calon penghuni syurga," kata nabi Muhammad saw.
"Lelaki inilah penghuni syurga tersebut," kata nabi Muhammad saw kepada sejumlah besar jemaah yang hadir untuk sembahyang isyak. Antara sahabat yg hadir malam itu adalah Anas bin Malik dan Abdullah bin Umar. Mereka begitu tertarik untuk menyelidik ibadat lelaki tersebut. Lelaki tersebut bukanlah orang alim. Malah ibadatnya biasa-biasa saja. Tidak terlihat hal-hal yang istimewa pada dirinya sebelum ini. Malah ketika Nabi saw memprkenalknnya, dia sudah bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Adakah rasulullah saw hendak bergurau?
malah lebih mengagumkan lagi, bukan pada mlm itu shj rasulullah menyatakan bhw lelaki tersebut penghuni syurga, pada keesokannya baginda turut berbuat demikian. Maka para shbt yg hadir semalam semakin ingin mnyelidiki ibadat lelaki tersebut. Adakah dia hanya berlagak biasa di masjid tapi di rumahnya dia selalu berzikir dan berdoa? ataupun dia begitu tulus sehingga tdk ada langsung ibadatnya diketahui org lain?
Abdullah bin Umar tdk sanggup lg menahan hasratnya apbila rasulullah memperkenalkan lelaki tersebut sekali lg. Selesai solat isyak berjemaah Abdullah bin Umar segera keluar dan mengikut lelaki tersebut dari belakang. Lelaki tersebut yg merasa hairan melihat telatah Abdullah bin Umar terus bertanya.
"kenapa engkau tergesa-gesa?"
"jika engkau sudi aku ingin menjadi temanmu mlm ini," kata Abdullah bin Umar.
"sungguh berbesar hati saya kerana saudara sudi bermalam di rumah saya," sahut lelaki tersebut kehairanan.
"saya benar2 ingin bermlm di rumah saudara setelah rasulullah saw memprkenalkan saudara sbg org paling baik. Dan saya ingin mencontohi ibadat saudara krn saya juga ingin masuk syurga," jawab Abdullah bin Umar.
"tapi saya tidak ada ibadat lain melainkan drp apa yg saudara lihat," jelas lelaki itu lg.
"tapi saya ingin menginap di rumah saudara," balas Abdullah bin Umar.
"kalau begitu silalah ke rumah saya," balas lelaki itu lagi.
Abdullah bin Umar ykin dia akan dpt menyelidiki ibadat lelaki tersebut. Apabila sampai di rumah itu, Abdullah bin Umar telah meminta izin utk tidur lebih awal padahal dia belum mengantuk. Dia ingin mengintip ibadat lelaki tersebut dan ingin mengintai serta memasang telinganya dengan berhati2. Menurut Anas bin Malik, setelah 3 hari Abdullah bin Umar tidur di rumah lelaki tersebut, tidak ada apa2 istimewa yg dilihatnya. lelaki itu tidak pernah bezikir bahkan sembhyg tahajud pun tdk.
pada mlm pertama Abdullah bin Umar mnceritakan kpd Anas bin Malik bhw dia telah berpura2 tidur dan lelaki tersebut tidur di sebelahnya. Pada mulanya lelaki itu tidur nyenyak, tetapi tengah mlm dia terjga. Namun tdk ada apa2 ibadat yg lelaki itu buat melainkan sekadar memusingkan badannya dan mengucapkan kalimah "Ya Allah" kmudian meneruskan tidurnya.
begitulah yg berlaku pd mlm setrerusnya smpailah tiga mlm berturut-turut. Oleh krn Abdullah bin Umar tidak melihat lelaki itu melakukan pelbagai ibadat2 khusus pd mlm hari.maka Abdullah bin Umar berfikir mungkin ada kelebihan tertentu yg dimiliki lelaki tersebut sehingga membuatkannya mulia. Abdullah bin Umar lalu bertanya kpd lelaki tersebut sblum dia meninggalkan rumahnya.
"Wahai saudaraku, ingin sekali saya mengetahui kelebihanmu. Sudilah saudara nmemberitahu saya spya saya jga boleh ke syurga," kata Abdullah bin Umar.
"Tidak ada ibadat lain melainkan apa yg saudara lihat," jawab lelaki itu bersungguh2.
setelah mndgr jwpn lelaki tersebut, Abdullah bin Umar pun tdk bertanya lagi dan berterima kasih kpd lelaki tersebut. Sebeleum Abdullah bin Umar pergi, lelaki tersebut memanggilnya seraya berkata,
"Saudara, memang tidak ada ibadat lain melainkan dari apa yang engkau lihat. Tetapi di samping itu saya tidak pernah iri hati kepada sesiapa pun," jelas lelaki tersebut memberi pengakuan.
"Rupanya inilah sikap terpuji pada dirimu. Maka aku berjanji tidak akan mencela sesiapapun. Terima kasih krn memberi petunjuk yg berguna kpd saya," ujar Abdullah bin Umar dgn gembira sambil beredar meninggalkan lelaki ahli syurga tersebut.